LABUAN: Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan program ‘Synergy dan Engagement PPKA’ yang diadakan di Bilik Eureka Bangunan Menara, UMSKAL pada 14 hingga 15 April 2025.
Program ini melibatkan kakitangan akademik dan pentadbiran UMSKAL dengan fokus kepada pembangunan profesional, perkongsian pengetahuan, serta pemantapan sistem pendidikan berasaskan hasil (Outcome-Based Education).
Program selama dua hari itu merangkumi aktiviti Bengkel Outcome-Based Education (OBE), sesi pembentangan oleh Pengarah PPKA, Dr. Denis Andrew D Lajium mengenai Learning Outcome Clusters, Domains, Taxonomy serta Constructive Alignment.
Selain itu, Prof. Madya Dr. Rozaimi Zakaria tentang pembinaan Course Learning Outcomes (CLO).
Manakala Dr. Amer Azlan Abd Jamal berkenaan penyediaan maklumat kursus dan silibus.
Turut diadakan lawatan dan perkongsian JKKP Kolej Kediaman, lawatan ke Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk melihat amalan terbaik dalam pengurusan keselamatan.
Pada masa sama diadakan Taklimat MQF 2024 – penerangan mengenai sistem pendidikan terkini Malaysia dan kesesuaian kelayakan akademik dengan keperluan industri.
Manakala pada hari kedua diadakan pemantauan Micro-Credentials (MC) dan Open & Distance Learning (ODL) serta taklimat mengenai pelaksanaan dan dasar MC serta ODL di UMSKAL.
Audit Smart Space UMSKAL iaitu penilaian penggunaan fasiliti Podium dan Perpustakaan sebagai ruang pembelajaran interaktif.
Sesi Sinergi PPKA iaitu perbincangan kolaboratif untuk memperkukuh hubungan antara PPKA dan warga UMSKAL.
Program ini berjaya mencapai objektifnya untuk meningkatkan kefahaman mengenai OBE, MQF 2024, serta pelaksanaan MC dan ODL.
Sesi perkongsian dan lawatan turut memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari amalan terbaik dalam pengurusan akademik dan keselamatan.
PPKA berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan kecemerlangan berterusan dalam pendidikan tinggi.





