Tiga peserta Himpunan Aman Gempur Rasuah 2.0 ditahan

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan penahanan tiga peserta Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 selepas keterangan diambil terhadap mereka, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, ketiga-tiga mereka ditahan mengikut akta hasutan dan pembakaran karikatur Perdana Menteri.
Katanya, ketiga-tiga individu itu ditahan selepas selesai memberi keterangan berhubung insiden perbuatan khianat terhadap kereta milik mahasiswa. 
“Mereka turut ditahan untuk membantu siasatan berhubung penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0.
“Ketiga-tiga mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi.
Pagi tadi (kelmarin), tiga individu dipercayai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dipanggil ke balai polis untuk diambil keterangan berhubung insiden khianat terhadap kereta milik mahasiswa.
Bagaimanapun, sebaik selesai memberi keterangan, pihak polis kemudiannya sekali lagi mengambil keterangan untuk siasatan yang dibuka pihak polis berhubung penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah 2.0. -FB

KASIM MUDA