KENINGAU: Seramai 12 peserta menyertai Kursus Penanaman Rebung Madu yang diadakan di Dewan Terbuka Kolam Legenda Aki Aki (KLAA), Kampung Sandapak, Bingkor, baru-baru ini.
Kursus anjuran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Keningau itu bertujuan memberi pendedahan mengenai teknik penanaman, penjagaan serta potensi rebung madu sebagai tanaman bernilai ekonomi yang mampu menjana pendapatan komuniti.
Program tersebut dikendalikan Pengurus KLAA, Wong Jaikol Langkab, manakala Rodey Agut bertindak sebagai pegawai pengiring sepanjang kursus berlangsung.
Melalui kursus itu, peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal bagi mengusahakan tanaman rebung madu secara lebih sistematik, sekali gus membuka peluang pembangunan ekonomi berasaskan pertanian dalam kalangan masyarakat luar bandar.-John Tambanan.

KURSUS …. Sebahagian peserta mendengar ceramah kursus penanaman rebung madu dikendalikan Wong Jakol (kanan)




