Penunggang Motosikal Ditemui Lemas

Fardy Bungga

asiatimesrp@hotmail.com

Beaufort: Seorang penunggang motosikal ditemui lemas selepas dipercayai terbabas masuk ke tali air, dalam kejadian di Jalan Kampung Tahak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa Mohd Yakub Abdillah, 57, dikatakan menunggang motosikal seorang diri sebelum gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkannya terjunam ke sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Suzuki RG dipercayai bergerak dari Kampung Pimping menuju kebunnya di Kampung Tahak.

Bagaimanapun katanya, sebaik tiba dilokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga mengakibatkannya terbabas masuk ke dalam tali air.

“Akibat kejadian ini, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat lemas di dalam tali air berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari


Azmir berkata, mangsa tidak disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah namun, sampel darah mangsa akan di hantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi membantu siasatan.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruska dan setakat ini tiada unsur-unsur khianat atau jenayah yang ditemui dalam kes ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tamat