Satu Kunjungan Hormat daripada Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Kinabalu (BSMMKK) kepada Mayor Kota Kinabalu telah dilaksanakan pada 24 mac 2021.

Rombongan Kunjungan Hormat ini telah diketuai oleh Pengerusi BSMMKK, Encik Remy Martin Gunsalam dan disertai oleh Timbalan Pengerusi BSMMKK, Encik Jackerry Duanis, Naib Pengerusi 1, Encik Anwar Hamzah, Bendahari Kehormat BSMMKK, Cik Tsen Siaw Tsin, Kuartermaster BSMMKK, Encik Cyril Dusip, Pegawai Hal Ehwal Luar, Puan Elizabeth Sikayun dan turut disertai oleh penasihat undang-undang BSMMKK.

Agenda utama bagi Kunjungan Hormat ini adalah untuk memateraikan upacara perlantikan Ybhg. Puan Noorliza Awang Alip sebagai Penasihat Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Kinabalu.

Semasa sesi Kunjungan Hormat ini, beberapa isu turut dibincangkan seperti struktur kerjasama antara BSMMKK dan juga DBKK, masalah dan halangan yang dihadapi BSMMKK dalam melaksanakan misi kemanusiaan serta program-program akan datang.

Kunjungan Hormat ini diakhiri dengan sesi pentauliahan Ybhg. Puan Mayor yang secara rasminya merasmikan kerjasama antara BSMMKK dengan pihak DBKK.








