Update: Dua Mangsa Ditemui.

Putatan: Dua daripada empat mangsa yang hilang ketika mandi di Pantai Gorongon, berhampiran Kampung Contoh, di sini, berjaya ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Mangsa pertama remaja perempuan terbabit ditemui jam 8.20 malam tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Manakala seorang lagi mangsa ditemui kira-kira jam 9 malam berhampiran tempat semua mangsa didakwa dihanyutkan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa sudah diberikan rawatan awal oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk rawatan selanjutnya.

Bagaimanapun setakat ini, keadaan kedua-dua mangsa yang ditemui terbabit masih belum dapat dipastikan.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa yang masih hilang masih diteruskan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) JBPM.

Tamat