KM hadiri Malam Apresiasi Simposium Kehakiman Syariah Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menghadiri Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 di Grand Ballroom, Hotel Le Meridien, di sini, malam tadi.
Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainudin Aman; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih; Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Yang Amat Arif Profesor Adjung Dato’ Haji Mohd Amran Mat Zain dan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Yang Amat Arif Tuan Nawawi Diman.
Pada majlis itu, Hajiji turut menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi yang terlibat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan dalam menjayakan simposium berkenaan.
Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman di Sabah International Convention Centre (SICC), pada Rabu.-John Tambanan.

Hajiji menyaksikan penyampaian cenderahati kepada jabatan dan agensi yang terlibat pada Malam Apresiasi sempena Simposium Kehakiman dan Perundangan Syariah Negeri Sabah 2026 di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, malam Rabu.