Victor serah insentif kepada 10 atlet cemerlang MSSS Tambunan

TAMBUNAN: Timbalan Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera Sdn Bhd, Dato’ Victor Peter Paut menunaikan janji memberikan insentif kepada 10 atlet Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah (MSSS) Tambunan yang cemerlang pada kejohanan berkenaan sebelum ini.
Penerima insentif terdiri daripada Febians Vitus yang memenangi emas acara lempar lembing; Zheesan bin Muhammad Islam (800 dan 1,500 meter); Arvin Ferdaus (lompat jauh); Neta, Deaxter dan Mark J serta Vashnie, Abby Gayle (lempar cakera RB Bawah 18); Ann Tasha (lempar cakera Bawah 15); Abernetha Elissa (400 meter berpagar) dan Mark Ethan (lontar tukul besi).
Abby Gayle yang turut mencipta hatrik rekod baharu kejohanan menerima insentif khas RM1,000.
Victor berkata kejayaan kontinjen Tambunan yang menduduki tempat ketiga tahun ini tidak mustahil dapat dipertingkatkan sehingga muncul juara pada masa akan datang.
“Tahun ini, kontinjen Tambunan berjaya di tempat ketiga dan tidak mustahil pada tahun-tahun akan datang Tambunan muncul juara.
“Untuk itu, kita berharap atlet kita terus melipatgandakan usaha untuk mencapai kejayaan,” katanya.
Beliau turut berjanji akan meneruskan pemberian insentif kepada atlet Tambunan yang berjaya pada kejohanan tahun hadapan.
Majlis penyampaian insentif itu berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Tambunan, Sabtu.-John Tambanan.

Oplus_131072

TERIMA KASIH… Para penerima insentif sukan atlet MSSS Tambunan bergambar bersama Victor (tengah) selepas majlis penyampaian insentif di Kompleks Sukan Tambunan, Sabtu.