Festival Mahasiswa 2025 UMSKAL mantapkan semangat perpaduan

LABUAN: Majlis Penutupan Collaboration FF X STC X MFF X FE 2025 yang menghimpunkan empat program besar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) berlangsung dengan meriah dan semangat perpaduan di Dewan Utama UMSKAL.
Majlis berprestij ini telah disempurnakan oleh Pengarah UMSKAL, Profesor Technologists (Ts). Dr. Shamsul Bahari Shamsudin.
Beliau amat bangga dengan dedikasi dan komitmen pelajar dalam menjayakan
empat festival besar secara bersama.
Ia mencerminkan semangat kolaborasi, kepimpinan dan profesionalisme mahasiswa UMSKAL.
Program itu melibatkan 7th Stock Trading Competition (STC), Food Festival (FF), Mega Fit Festival (MFF) dan Festival E-Sport (FE).
Sementara itu, pasukan L’SEA muncul juara 7th STC 2025 dengan pencapaian pulangan pelaburan (ROI) luar biasa sebanyak 144.05%, menjadikan mereka pasukan paling berjaya dalam sejarah penganjuran STC.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM300, sijil penyertaan serta tawaran latihan industri eksklusif selama enam bulan bersama AXE Holdings Sdn Bhd.
Naib juara disandang oleh pasukan SRS Sisters dengan ROI 12.96%, menerima RM200, sijil penyertaan dan tawaran internship selama tiga bulan di AAE International Trust Ltd.
Tempat ketiga dimenangi pasukan Heng Ong Huat (ROI 10.04%), diikuti pasukan The Value Investors (ROI 7.64%) dan pasukan V Donchu Car (ROI 6.41%).
Ketiga-tiga pasukan ini menerima wang tunai RM100 dan sijil penyertaan.
Dalam pertandingan Innovation Competition, empat kumpulan pelajar dinobatkan sebagai penerima Gold Award atas inovasi cemerlang yang dipersembahkan.

Program ini merupakan penutup kepada siri kolaborasi rentas fakulti dan kelab mahasiswa di UMSKAL yang bertujuan memupuk kepimpinan, inovasi, dan kecemerlangan pelajar melalui penganjuran aktiviti berskala besar.

TAHNIAH … Prof Ts. Dr. Shamsul Bahari (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan L’SEA yang menjuarai 7th STC 2025.