asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Tujuh sekeluarga antara 31 individu yang ditahan dalam operasi Ops Covid-19, yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, yang berakhir, Jumaat lalu.
Dalam operasi selama seminggu itu, seorang lelaki yang dipercayai ketua keluarga berkenaan ditahan bersama satu paket plastik berisi dadah jenis syabu seberat 50.48 gram.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner berkata, semua yang ditahan berusia 12 hingga 31 tahun dan keluarga berkenan dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran dan penjualan syabu di sekitar bandaraya ini.
Katanya, ketua keluarga terbabit ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala dua lagi ditahan mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.
“Secara keseluruhan dalam operasi ini, polis berjaya menahan sembilan individu membabitkan bekalan dan pengedaran dadah.
“Selain itu, 10 individu ditahan selepas didapati memiliki dadah manakala 12 lagi positif hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap mereka,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Habibi berkata, dua lagi kesalahan memiliki dan positif dadah itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) Dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Katanya, semua yang ditahan berusia 12 hingga 58 tahun membabitkan 24 warganegara dan selebihnya warga asing.
“Keseluruhan dadah yang berjaya dirampas adalah sebanyak 74.85 gram yang dianggarkan bernilai RM11,227.50 berdasarkan harga pasaran semasa.
“Operasi dan serbuan yang dijalankan ini adalah usaha berterusan IPD Kota Kinabalu dalam memantau, mengesan dan mengekang aktiviti penagihan serta pengedaran dadah di daerah ini.
“Bagi mempertingkatkan lagi usaha pembanterasan jenayah dadah ini, kerjasama dari orang awam dalam menyalurkan maklumat amat diperlukan,” katanya.
Habibi berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian Hotline IPD Kota Kinabalu di 088-529220 atau ke akaun facebook page Polis Daerah Kota Kinabalu.
Tamat










