Pasukan Khas Untuk Menjalankan Ujian Sampel Pengesanan COVID-19
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggerakkan satu pasukan khas untuk menjalankan ujian sampel pengesanan COVID-19 di negeri ini, bermula semalam.
Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi, berkata pasukan khas itu memulakan proses berkenaan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.
“Ini hanya dapat dilaksanakan setelah menerima semua kelengkapan makmal yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan, di sini.
Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Dr Christina, berkata terdapat tujuh kes baharu dilaporkan semalam, iaitu tiga kes di Keningau; Tambunan (dua); dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di...
16 Individu Langgar PKP Dihadapkan Ke Mahkamah.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Seramai 16 individu termasuk tiga wanita yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan melakukan pelbagai kesalahan termasuk berjogging dan berkaraoke di pusat hiburan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, di sini, hari ini.
Semua tertuduh berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun itu bagaimanapun, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret, Lovely Natasha Charles.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM500 hingga RM1,000 atau penjara jika gagal bayar serta mengenakan Perintah Kehadiran Wajib selama empat bulan atau...
Hanya Pemborong Dibenarkan Masuk Pasar Safma – DBKK
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjalankan ‘Operasi Bersepadu SAFMA’ bagi memastikan hanya pemborong saja dibenarkan keluar masuk ke pusat berkenaan.
Operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai agensi selama tiga jam bermula jam 4 pagi itu juga bertujuan memantau penjaja haram di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu.
Pengarah Jabatan Pelesenan DBKK, Sairullizam Sukor berkata, berdasarkan pemantauan yang dijalankan keadaan di pasar amat terkawal.
Katanya, setakat ini pihaknya juga mendapati tiada kegiatan penjaja haram di kawasan berkenaan.
“Operasi ini...
PDRM Dan DBKK Pantau Pasar Safma
Fardy Bungga
Kota Kinabalu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melancarkan operasi pemantauan serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di pasar Safma dan Pasar Besar Kota Kinabalu, hari ini.
Operasi yang dijalankan bermula jam 4 pagi itu mensasarkan pemantauan terhadap penjaja tidak berlesen dan memastikan komuniti di pasar berkenaan mematuhi arahan PKP.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dijalankan dengan kekuatan seorang pegawai, 15 anggota polis dan 15 penguatkuasa DBKK.
Katanya, sepanjang operasi ini,...
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Bantu Penduduk Pulau Balambangan, Kudat.
Fardy Bungga
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkerjasama dengan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk di Pulau Balambangan, semalam.
Bantuan disampaikan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor dan diiringi Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama (M) Mohd Rosli Abdullah.
Mohd Rosli berkata, program bersama ini dilaksanakan kerana memahami kesukaran penduduk di pulau berkenaan untuk mendapatkan bekalan makanan dari Kudat terutamanya sepanjang tempoh...
Penagih Ditahan Langgar PKP Dan Miliki Dadah
Oleh: Fardy Bungga
Tuaran: Tiga lelaki yang melanggar penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan selepas didapati memiliki satu paket plastik berisi ketulan hablur disyaki syabu, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun itu yang diperiksa selepas ditemui melepak di tepi Sungai Kampung Laya-Laya, di sini, turut didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, semasa menjalankan OPS Pintas Khas Covid-19, polis terserempak dengan tiga orang lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Katanya,...
Ingkar PKP dan Miliki Pistol Tiruan
By: Fardy Bungga
KOTA KINABALU: Dua lelaki yang ditahan dalam sekatan jalan raya Op Covid-19 di Jalan Sulaman, di sini, bukan saja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut didapati memiliki sepucuk pistol tiruan.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, kedua-dua lelaki berusia 19 dan 25 tahun yang menaiki Perodua Kancil itu mendakwa keluar bersama dengan alasan mahu menghantar makanan kepada ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut di but kereta berkenaan membawa kepada penemuan sepucuk pistol tiruan jenama Glock.
Ketua Polis Daerah...
Kampung Salung, Nabawan, Dilanda Banjir Kilat
By Fardy Bungga
Nabawan: Seramai 62 penduduk Kampung Salung, di sini, terjejas selepas perkampungan mereka dilanda banjir kilat sejak jam 5 pagi tadi.
Difahamkan, air mula naik sehingga mencecah hampir tiga meter ekoran hujan lebat yang melanda daerah itu sejak petang semalam.
Pegawai Daerah Nabawan Virus Malitam berkata, setakat ini terdapat lapan rumah yang terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.
Namun katanya, pihak pejabat daerah akan mengusahakan bantuan kebajikan kepada semua mangsa-mangsa yang terbabit.
"Pejabat Daerah sudah melancarkan kerjasama dengan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat...
Pakej Prihatin Tambahan Suntikan Motivasi Kepada PKS.
KOTA KINABALU: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Tambahan) bernilai RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, disifatkan sebagai suntikan motivasi kepada para penggiat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) khususnya di Sabah.
Sambil menyambut baik pengumuman tersebut, rata-rata PKS Sabah yang dihubungi Bernama berkata pakej itu turut membantu meringankan beban kewangan penggiat sektor selain mengekalkan momentum perniagaan PKS selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Presiden Usahawan Wanita Sabah (IKSNITA) Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata pakej...
Tindakan keras terhadap individu ingkar di Pasar Safma.
7 April 2020
By: Fardy Bungga
Pix Lo Teck Loong
Kota Kinabalu: Polis akan mengambil tindakan terhadap orang perseorangan yang dikenalpasti masih berdegil membeli keperluan bahan basah di Kompleks Perikanan SAFMA Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pasar Safma ketika ini hanya dibuka untuk pemborong ikan secara pukal melakukan aktiviti harian.
Katanya, arahan berkenaan berkuatkuasa serta merta pada hari ini dan masyarakat digesa supaya mematuhinya selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya tekankan, tiada lagi orang perseorangan atau...



















