Suspek pecah masuk restoran makanan segera ditahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang memecah masuk sebuah restoran makanan segera di Plaza Juta, di sini, berjaya ditahan pihak berkuasa, Ahad lalu.
Suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang melakukan serbuan ke sebuah rumah di Kampung Bakau, Likas, jam 7.30 pagi.
Lelaki berusia 21 tahun itu dikatakan memecah masuk premis berkenaan 2 April lalu, dan dilaporkan berhasil melarikan beberapa barangan bernilai termasuk sebuah motosikal.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Kimisioner Habibi Majinji berkata,...
Polis berjaya lumpuhkan sindiket curi bateri pencawang telekomunikasi.
Kota Kinabalu: Empat lelaki berjaya diberkas bersama 56 bateri pencawang milik sebuah syarikat telekomunikasi bernilai RM125,000 yang dipercayai dicuri dari pencawang di sekitar daerah ini.
Empat individu yang ditahan termasuk ketua sindiket yang dikenali sebagai Bobby dan dikatakan pernah bekerja sebagai juruteknik pencawang telekomunikasi di Rawang, Selangor tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Manjinji berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan suspek pertama di sebuah rumah di Telipok Ria, Tuaran.
Katanya, hasil daripada tangkapan...
Digalakkan derma darah sepanjang tempoh PKP
Kota Kinabalu: Masyarakat digalakkan supaya tidak ragu-ragu menderma darah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, para penderma darah diperlukan kerana terdapat kes-kes kecemasan dan pesakit Talasemia yang sentiasa memerlukan bekalan darah.
“Kami faham ada kerisauan bagi mereka yang biasa menderma darah untuk datang ke hospital kerana mereka tidak mahu bercampur dengan pesakit-pesakit di hospital.
“Para penderma boleh datang sendiri ke tabung darah atau mengikuti program derma darah yang dianjurkan seperti antaranya...
Mayat lelaki ditemui.
KOTA KINABALU: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemui tergantung di sebuah pokok di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, pagi tadi.
Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 8 pagi sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan segera.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebaik menerima maklumat berkenaan, sepasukan polis dari Balai Polis Pulau Gaya dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit yang ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian...
Dua ditahan gagal tunjuk dokumen pemilikan sah enjin bot.
Dua ditahan gagal tunjuk dokumen pemilikan sah enjin bot.
Lahad Datu: Dua lelaki tempatan ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu selepas gagal menunjukkan dokumen pemilikan sah enjin bot dalam dua operasi berasingan di kampung Lok Bikin, Pulau Sakar, di sini, semalam.
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 45 tahun dan 52 tahun itu berjaya ditahan bersama enjin bot di rumah masing-masing hasil maklumat bahagian risikan PPM.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan pertama dilakukan sepasukan pegawai dan...
Dua lelaki tempatan disyaki miliki syabu ditahan.
Lahad Datu: Dua lelaki tempatan berusia 36 dan 45 tahun berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di Laut Terumbu Gusung, di sini, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan ketika pihaknya menjalankan operasi Ops Covid-19.
Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kedua-dua lelaki terbabit, PPM menemui dua bungkusan plastik lutsinar mengandungi hablur jernih yang disyaki syabu.
“Kedua-dua bungkusan berkenaan dianggarkan seberat 50 gram setiap satu bersama 20 gulung kepingan timah yang disembunyikan di...















