BM/ENG NEWS

SAC Datuk Ahmad Fuad Othman Dilantik Komander Briged Sabah

KUALA LUMPUR: Ketua Staf Operasi Darat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri,  SAC Datuk Ahmad Fuad Othman dilantik Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Kinarut, Sabah berkuat kuasa 18 Mei depan. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata jawatan Ahmad Fuad akan diambil alih SAC Kepolisan Am, JKDNKA, Bukit Aman SAC M. Chandrasehkaran. Sementara itu, SAC Mancha Anak Ata pula dilantik Komander...

KEDAI PERKAKASAN DIBENAR BEROPERASI DUA KALI SEMINGGU

KOTA KINABALU: Waktu operasi kedai perkakasan di beberapa daerah di Sabah hanya dibenarkan beroperasi dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis bermula 9 pagi hingga 3 petang. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menentukan kedai yang dibenarkan beroperasi di daerah masing-masing. Beliau berkata hanya tiga kedai akan beroperasi bagi daerah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau, Lahad Datu, Penampang, Tuaran, Beaufort, Ranau, Papar, Sipitang, Tenom dan Kudat. "Sementara daerah lain, hanya dua kedai perkakasan yang dibenarkan...

BEKALAN IKAN NEGARA MENCUKUPI

Kuantan: Stok bekalan ikan negara adalah mencukupi dan konsisten dengan bekalan melebihi permintaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Beliau berkata kedudukan semasa stok bekalan ikan dan hasil laut dalam negara berjumlah 185,000 tan metrik sebulan berbanding dengan keperluan semasa sebanyak 155,000 tan metrik sebulan. Sehubungan itu, katanya masalah kekurangan bekalan ikan tidak timbul kerana kebenaran telah diberikan kepada nelayan dan keseluruhan rantaian perbekalannya untuk beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Harga ikan di pasaran...

JAKARTA PERKETAT PERINTAH PEMBATASAN SOSIAL

JAKARTA: Perintah pembatasan sosial berskala besar di Kota Jakarta diperketatkan lagi bermula hari ini sehingga 23 April, bagi mengekang pandemik COVID-19. Antara arahan baharu berkaitan PSBB itu ialah penunggang motosikal perkhidmatan pengangkutan dalam talian seperti Gojek dan Grab, tidak lagi dibenarkan membawa penumpang. Tiada angka tepat, namun dianggarkan terdapat lebih 1.2 juta pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian di Jakarta dan kota sekitarnya, dan bermula hari ini hanya boleh menjalankan perkhidmatan penghantaran barang atau makanan sahaja. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan berkata,...

81 Malaysian Arrived From Italy Allowed To Go Home

NILAI: A total of 81 people comprising Malaysians and their families, as well as six non-Malaysians, who arrived from Italy on March 26 were today allowed to go home after undergoing 14 days of quarantine at the Higher Education Leadership Academy (AKEPT) in Bandar Enstek here. They comprised 75 Malaysians and six Italians who were allowed to leave at 8 a.m., and were fetched by family members, while some left in a van and car provided by the management of the quarantine centre. Of...

LEBIH 42 RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DEKAT KULIM

ALOR SETAR: Lebih 42 rumah rosak apabila sebahagian bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Lunas, dekat Kulim pada 6 petang semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata antara kampung terjejas ialah Kampung Batu 5, Kampung Perenggan, Kampung Sungai Limau selain Taman Sang Kancil. “Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun turut dihempap siling bumbung dan mangsa mengalami luka kecil di kepala sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan, lain-lain kecederaan tiada. "Jumlah rumah rosak yang sebahagiannya bumbung diterbangkan angin, mungkin dijangka meningkat apabila laporan...

KERAJAAN NEGERI TERIMA TIGA JUTA TOPENG MUKA.

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah menerima tiga juta helai topeng muka untuk kegunaan isi rumah di seluruh negeri, hari ini. Topeng muka yang diterbangkan khas dari Kuala Lumpur menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 11 pagi tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini berkata, bekalan topeng muka itu adalah bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Katanya, pengagihan kepada semua isi rumah akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana...

Aktiviti Pasar Inanam Terjejas

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Peniaga Pasar Inanam, di sini, tetap meneruskan aktiviti seperti biasa di sebalik perasaan bimbang susulan pandemik wabak Covid-19 yang menular seluruh negara sejak awal tahun ini. Tinjauan Asia Times mendapati, walaupun aktiviti perniagaan sedikit terjejas, namun ia masih berjalan seperti biasa. Rata-rata orang ramai masih keluar untuk mendapatkan barang keperluan dengan menuruti arahan menggunakan topeng muka dan mengamalkan jarak sosial untuk keselamatan diri masing-masing. Peniaga di Pasar ini, Ellsy Lo, 36, ketika ditemui berkata, perniagaan gerai menjual bahan makanan...

Maritim Malaysia Sumbang 30 Pain Bekalan Darah.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com KOTA KINABALU: Walaupun terpaksa menggalas tugas sebagai barisan hadapan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, namun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tetap tidak ketinggalan menyumbang bakti untuk menderma darah. Pengarahnya, Laksamana Pertama (M), Mohd Rosli Abdullah berkata, program derma darah itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab Maritim Malaysia untuk membantu menangani isu kekurangan bekalan darah di negeri ini. Katanya, langkah itu juga salah satu tanggungjawab sosial pihaknya terhadap komuniti atau rakyat secara keseluruhan terutamanya ketika pelaksanaan PKP. “Disamping kita menjalankan tugas sebagai...

Sabah Health Department Mobilised Special Team To Conduct COVID-19 Detection Tests

KOTA KINABALU: The Sabah Health Department has mobilised a special team to conduct COVID-19 detection tests on samples in the state, starting yesterday. Its director, Datuk Dr Christina Rundi, said the special team had begun the process at the Kota Kinabalu Public Health Laboratory. “It was made possible after all the laboratory equipment were in place,” she said in a statement here today. On the COVID-19 situation in Sabah, Dr Christina said seven new cases were reported yesterday, three of which were in Keningau, two...

最新上载