KG PIMPING (Membakut): Ahli-ahli Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Anak-Anak Pimping Kota Kinabalu (PAPIM) menghulurkan sedekah akhirat kematian kepada dua orang ahlinya minggu lalu.
Dalam majlis pertama, Pengerusi PAPIM, Haji Ahmad Dipong menyerahkan sumbangan sedakah khairat kepada Rugayah Haji Timbang salah seorang ahli PAPIM kerana suaminya, Sabri Din Haji Wahid kembali kerahamatullah minggu lalu.
Hasil kutipan kalangan ahli-ahli PAPIM ini disampaikan sebelum Majlis Kenduri Hari Ketujuh pada Ahad di kediaman Rugayah di Kampung Saga-Saga Pimping.
Sementara itu di Papar, Ahli Jawatankuasa PAPIM, Awang Jaluddin Awang Salleh menyerahkan sumbangan sedakah khairat kepada Dayang Jauyah Ag. Jainal isteri
Allahyarham Pg Ahmad Pg. Moktar Ahli PAPIM di Kg Kuala Papar.
Penyerahan disaksikan oleh Pengerusi, Setiausaha, Alihussein Haji Matnor dan AJK PAPIM.
Haji Ahmad berkata sumbangan khairat kematian ini sebagai kesinambungan aktiviti kebajikan kepada ahli-ahlinya yang berdaftar sama ada ditimpa musibah kematian atau musibah-musibah yang lain.
Beliau berharap anak-anak dari Kg Pimping yang menetap dari Daerah Papar hingga ke Tuaran dialu-alukan menganggotai persatuan ini.-Oleh HJ MOHD AMIN HJ MUIN





