每日档案: 2020年5月1日
Restoran Dibenarkan Beroperasi Mulai 4 Mei 2020.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kuala Lumpur: Premis restoran dibenarkan beroperasi bermula isnin depan tetapi perlu menuruti beberapa langkah yang digariskan.
Dalam pengumuman itu dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, setiap langkah-langkah pencegahan yang digariskan sebelum ini masih perlu diamalkan.
Muhyiddin berkata, antara langkah yang digariskan adalah memastikan jarak antara meja pelanggan diletakkan pada jarak yang selamat iaitu sekurang-kurangnya dua meter.
Selain itu katanya, jumlah pelanggan yang duduk di setiap meja juga perlu dikurangkan berbanding kapasiti sebelum ini.
"Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan, setiap...
11 Jemaah Surau Ditahan.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
BEAUFORT: Seramai 11 lelaki termasuk seorang pelajar tahfiz yang berkumpul menunaikan solat bersama di Surau Kampung Binsulok, Membakut, di sini, petang tadi, ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam kejadian jam 3 petang itu, semua individu berusia 15 hingga 41 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, yang melaksanakan pemantauan PKP Op Covid-19.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, tangkapan itu susulan tular satu keping gambar mereka sedang menunaikan solat...

