BM/ENG NEWS

Dunia Berdepan Wabak Covid-19.

BEIJING: Dunia kini umpama berada di medan peperangan untuk melawan COVID-19 yang semakin mengganas, virus maut itu sudah merebak ke lebih 200 negara dan wilayah, lapor agensi berita Xinhua. Di WASHINGTON, ujian klinikal untuk menilai keselamatan dan keberkesanan hydroxychloroquine, ubat antimalaria sudah bermula, dalam usaha mencari penawar penyakit COVID-19, menurut Institut Kesihatan Negara (NIH) Amerika Syarikat pada Khamis. Peserta pertama telah mendaftar untuk menyertai ujian klinikal itu di Vanderbilt University Medical Center, Tennessee. Di BRUSSELS pula menyaksikan Menteri Kewangan Eurogroup pada Khamis...

Ingkar PKP Dan Hidu Gam, Dua Remaja dan Janda Ditahan

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com KOTA KINABALU: Dua remaja dan seorang janda bukan saja melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi juga sedang berkhayal disyaki menghidu gam di kawasan Pasar Besar Kota Kinabalu, di sini, malam tadi. Dua remaja lelaki berusia 12 dan 16 tahun bersama wanita berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan Op Covid-19, kira-kira jam 12 tengah malam. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketiga-tiga individu itu ditahan selepas mereka dilihat dalam keadaan mencurigakan. "Hasil pemeriksaan...

Dua Pemilik Kedai Runcit Ingkar PKP Ditahan.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Penampang: Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua pemilik kedai runcit ditahan kerana beroperasi selepas waktu dibenarkan tanpa alasan munasabah, di Jalan Meruntun Tombovo, Putatan, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kedua-dua suspek lelaki berusia 27 dan 44 tahun ditahan sepasukan polis yang melakukan rondaan pemantauan PKP Op Covid, di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, dalam operasi itu, pasukan polis yang menjalankan rondaan mengesan dua premis runcit masih beroperasi. "Pemeriksaan lanjut...

SRC International Sdn Bhd Submissions Hearing Dates Rescheduled.

KUALA LUMPUR: The High Court here today rescheduled the submissions hearing dates in Datuk Seri Najib Tun Razak’s SRC International Sdn Bhd trial as the defence has been hindered by the ongoing Movement Control Order (MCO). High Court Deputy Registrar Mahyuddin Md Som said the court fixed April 28 for the defence to file their written submissions while the prosecution must reply to the written submissions on May 12. "This was following the request by the defence lead counsel Tan Sri...

SAC Datuk Ahmad Fuad Othman Dilantik Komander Briged Sabah

KUALA LUMPUR: Ketua Staf Operasi Darat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri,  SAC Datuk Ahmad Fuad Othman dilantik Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Kinarut, Sabah berkuat kuasa 18 Mei depan. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata jawatan Ahmad Fuad akan diambil alih SAC Kepolisan Am, JKDNKA, Bukit Aman SAC M. Chandrasehkaran. Sementara itu, SAC Mancha Anak Ata pula dilantik Komander...

KEDAI PERKAKASAN DIBENAR BEROPERASI DUA KALI SEMINGGU

KOTA KINABALU: Waktu operasi kedai perkakasan di beberapa daerah di Sabah hanya dibenarkan beroperasi dua kali seminggu iaitu pada hari Selasa dan Khamis bermula 9 pagi hingga 3 petang. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menentukan kedai yang dibenarkan beroperasi di daerah masing-masing. Beliau berkata hanya tiga kedai akan beroperasi bagi daerah Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Keningau, Lahad Datu, Penampang, Tuaran, Beaufort, Ranau, Papar, Sipitang, Tenom dan Kudat. "Sementara daerah lain, hanya dua kedai perkakasan yang dibenarkan...

BEKALAN IKAN NEGARA MENCUKUPI

Kuantan: Stok bekalan ikan negara adalah mencukupi dan konsisten dengan bekalan melebihi permintaan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Che Abdullah Mat Nawi. Beliau berkata kedudukan semasa stok bekalan ikan dan hasil laut dalam negara berjumlah 185,000 tan metrik sebulan berbanding dengan keperluan semasa sebanyak 155,000 tan metrik sebulan. Sehubungan itu, katanya masalah kekurangan bekalan ikan tidak timbul kerana kebenaran telah diberikan kepada nelayan dan keseluruhan rantaian perbekalannya untuk beroperasi seperti biasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Harga ikan di pasaran...

JAKARTA PERKETAT PERINTAH PEMBATASAN SOSIAL

JAKARTA: Perintah pembatasan sosial berskala besar di Kota Jakarta diperketatkan lagi bermula hari ini sehingga 23 April, bagi mengekang pandemik COVID-19. Antara arahan baharu berkaitan PSBB itu ialah penunggang motosikal perkhidmatan pengangkutan dalam talian seperti Gojek dan Grab, tidak lagi dibenarkan membawa penumpang. Tiada angka tepat, namun dianggarkan terdapat lebih 1.2 juta pemandu perkhidmatan pengangkutan dalam talian di Jakarta dan kota sekitarnya, dan bermula hari ini hanya boleh menjalankan perkhidmatan penghantaran barang atau makanan sahaja. Gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam satu kenyataan berkata,...

81 Malaysian Arrived From Italy Allowed To Go Home

NILAI: A total of 81 people comprising Malaysians and their families, as well as six non-Malaysians, who arrived from Italy on March 26 were today allowed to go home after undergoing 14 days of quarantine at the Higher Education Leadership Academy (AKEPT) in Bandar Enstek here. They comprised 75 Malaysians and six Italians who were allowed to leave at 8 a.m., and were fetched by family members, while some left in a van and car provided by the management of the quarantine centre. Of...

LEBIH 42 RUMAH ROSAK AKIBAT RIBUT DEKAT KULIM

ALOR SETAR: Lebih 42 rumah rosak apabila sebahagian bumbung diterbangkan angin dalam kejadian ribut di Lunas, dekat Kulim pada 6 petang semalam. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata antara kampung terjejas ialah Kampung Batu 5, Kampung Perenggan, Kampung Sungai Limau selain Taman Sang Kancil. “Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun turut dihempap siling bumbung dan mangsa mengalami luka kecil di kepala sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan, lain-lain kecederaan tiada. "Jumlah rumah rosak yang sebahagiannya bumbung diterbangkan angin, mungkin dijangka meningkat apabila laporan...

最新上载