Premis Judi Online Dikesan Beroperasi Dalam Tempoh PKP.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan lapan premis penjualan prabayar judi atas talian cuba beroperasi dengan berselindung disebalik perniagaan kedai runcit.
Semua lapan premis ini dipercayai ‘berdegil‘ menjalankan operasi untuk mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan mengisi masa lapang pemain judi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, semua premis berkenaan terus diarahkan tutup dan telah dirujuk kepada pihak polis.
Katanya, lapan premis yang dikesan membabitkan lima di sekitar Inanam dan masing-masing satu...
Dua Wanita Ingkar PKP Ditahan.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
SIPITANG: Dua wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan di Jalan Batu 7, Sindumin, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3.30 petang, kedua-dua wnaita berusia 27 dan 37 tahun ditahan oleh Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh sendiri ketika bersama pasukannnya menjalankan tugas pemantauan Op Covid-19.
Champin ketika dihubungi berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek wanita itu menaiki kereta jenis Perodua Viva menghala dari Kampung Batu 1 ke kawasan Projek Ammonia dan Urea Sabah (SAMUR),...
52 Ditahan Hari Pertama PKP Fasa 3.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memasuki fasa 3, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang masih ingkar terhadap penguatkuasaan undang-undang berkenaan.
Pelbagai alasan digunakan untuk melepaskan diri dari ditahan, namun ketegasan pihak polis terbukti dengan penahanan 52 individu pada hari pertama PKP fasa 3.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis yang membuat sekatan jalan melakukan pemeriksaan ketat bagi mengelakkan masyarakat mengambil kesempatan melanggar arahan PKP sesuka hati.
Katanya, sebaik memasuki fasa baru ini, Ibu...
SABAH SEDANG SEDIAKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sedang menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bertujuan merangsangkan pertumbuhan dan mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi negeri berikutan penularan wabak COVID-19, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau berkata, objektif utama pakej kedua berkenaan adalah untuk menyuntik keyakinan para pelabur dan komuniti perniagaan terhadap pertumbuhan ekonomi negeri sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
“Kerajaan perlu membantu para pelabur dan komuniti perniagaan bukan sahaja dalam usaha pemulihan, tetapi juga untuk memastikan perkembangan dan kesinambungan halatuju...
SABAH KOMITED TERUSKAN POLISI 30 PERATUS HUTAN SEBAGAI TPA MENJELANG 2025
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah komited untuk meneruskan polisi agar kawasan hutan yang mempunyai nilai biologi yang tinggi dijadikan Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA) tidak kurang daripada 30 peratus daripada keluasan negeri menjelang tahun 2025, kata Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Beliau berkata setakat ini, keluasan hutan yang telah diisytiharkan sebagai TPA telah mencapai 1.9 juta hektar atau 25 peratus daripada keluasan negeri ini.
“Pencapaian ini menjadikan Sabah sebagai negeri yang mempunyai kawasan TPA terbesar di Malaysia. Di samping itu, kerajaan negeri juga...
REMAJA LELAKI ‘HANTAR’ MAYAT KEKASIH DIDAKWA LANGGAR PKP
ROMPIN: Pelajar tingkatan lima yang 'menghantar' pulang mayat kekasihnya selepas terlibat dengan kemalangan motosikal Ahad lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tertuduh yang beralamat di Felda Keratong 5 di sini, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad.
Remaja lelaki itu, didakwa melanggar PKP pada 3 pagi, 12 April lepas dengan bergerak dari rumahnya ke Kilometer 127 Jalan Kuantan-Seremban di sini, iaitu lokasi dia terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kekasihnya maut.
Pertuduhan...
Bayi Perempuan Lahir di Dataran Todak.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Hari pertama penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3, mencatatkan sejarah apabila seorang wanita terpaksa melahirkan anak perempuannya di Dataran Todak, malam tadi.
Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, Pahmah Nastih, 38, yang tinggal di Kampung Kasuapan, Pulau Gaya, dikatakan tidak sempat dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas selepas mengadu sakit perut.
Menceritakan kejadian itu, abang ipar Pahmah, Halilih Ladjahali, 50, berkata, sebelum kejadian mereka sekeluarga sedang berehat di rumah.
Bagaimanapun katanya, Pahmah tiba-tiba mengadu rasa...
Penerima Bantuan Dinasihatkan Supaya Mengamalkan Jarak Selamat.
Photo and Video By: CV Chong
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Bantuan agihan bekalan sayur yang disampaikan Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, di empat lokasi hari ini, menarik ratusan orang awam hadir seawal jam 8 pagi tadi.
Namun disebalik pemberian sayur-sayuran secara percuma itu, apa yang membimbangkan adalah sikap orang awam yang tidak mengamalkan jarak selamat.
Tinjauan di lokasi mendapati, walaupun beberapa petugas cuba mengawal orang ramai yang hadir namun tiada inisiatif amalan pencegahan Covid-19 disediakan termasuk ujian suhu badan dan sanitasi tangan.
Acara pemberian...
Pergerakan Penduduk Pulau Gaya ke Kota Kinabalu Diperketatkan.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KOTA KINABALU: Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi penduduk Pulau Gaya ke Pasar Besar Kota Kinabalu diperketatkan sebagai langkah mengawal penularan wabak Covid-19.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan untuk membenarkan hanya dua bot beroperasi bagi setiap kampung di pulau berkenaan.
Katanya, penumpang bot berkenaan pula perlu dibuat saringan oleh penghulu kampung masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian.
"Operasi bot terbahagi kepada dua tempoh masa iaitu enam bot untuk tiga kampung pada jam 9pagi...
REMAJA BELI BARANGAN RUNCIT DENGAN WANG PALSU
KUANTAN: Gara-gara membeli barangan runcit dengan menggunakan wang palsu, seorang remaja berusia 20 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menggunakan dua keping wang kertas RM100 palsu, bulan lalu.
Tertuduh Areez Petra Tee, dari Lorong Setail, di sini, membuat pengakuan tersebut sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Mengikut pertuduhan, tertuduh, yang bekerja sebagai tukang urut, didakwa menggunakan wang palsu itu sebagai tulen di sebuah kedai runcit di Batu 5, Jalan Gambang, di sini,...



















