BM/ENG NEWS

AIRASIA TO RESUME DOMESTIC FLIGHTS STARTING APRIL 29

KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd will resume its scheduled domestic flights starting April 29, 2020 before gradually adding international destinations, subject to approval from the authorities. The international flights to Thailand and the Philippines are scheduled to resume on May 1, and Indonesia on May 7, the airline said in a statement today. .“The resumption of services will initially be for key selected domestic routes, which will increase gradually to include international destinations around the network, once the situation improves and governments lift borders and travel restrictions,” it...

GUNA LALUAN ‘ESSENTIAL SERVICE’ SELUDUP RM7.4 JUTA ARAK GAGAL.

Fardy Bungga asiatimeskk.gmail.com Beaufort: Cubaan penyeludup minuman keras memperdayakan pasukan keselamatan disebalik perkhidmatan perlu (essential services) tidak kesampaian apabila dua lori yang membawa muatan arak bernilai RM7.4 juta ditahan polis di Jalan Pekan Menumbok, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, polis berjaya merampas 5,070 kotak minuman keras pelbagai jenama dan menahan dua lelaki berusia lingkungan 20 dan 40 tahun. Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, bertindak atas maklumat, Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan berjaya menahan dua lori yang ketika...

28 Ditahan Langgar PKP di Penampang.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com PUTATAN: 28 individu ditahan pihak berkuasa dalam tempoh tiga hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dijalankan di sekitar daerah Penampang. Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Haris Ibrahim berkata, 20 individu ditahan pada 16 April lalu manakala lapan lagi ditahan semalam. Katanya, semua individu terbabit ditahan selepas didapati keluar rumah dan berada di tempat awam tanpa alasan yang munasabah. “Semua individu ini akan disiasat mengikut Akta Polis selain Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta...

COVID-19: KOTA KINABALU KINI ZON MERAH, JUMLAH KESELURUHAN ZON MERAH 28

KUALA LUMPUR: Daerah Kota Kinabalu, Sabah kini dikategorikan sebagai Zon Merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu kepada 28 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah  itu merekodkan 42 kes positif COVID-19. Kota Kinabalu ialah daerah kedua di Sabah dikategorikan Zon Merah selepas Tawau. Sementara itu, Lembah Pantai di Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 592 kes, manakala Hulu Langat dan...

THREE MEN FINED, JAILED FOR PLAYING GOLF DURING MCO

BATU GAJAH: A manager of a golf club and two others were sentenced to three days jail and fined RM1,000 each, in default two months’ jail, by the Magistrate’s Court here today for defying the stay home order by playing golf during the Movement Control Order (MCO) period. Magistrate Nazratul Natrah Mohd Yusuf handed down the sentence on Low Teck San, 68, who is the golf club manager, unemployed Tan Chee Kean, 59, and tuition teacher Eugene Wong Yat Hoe, 37, after...

MAIN GOLF KETIKA PKP, TIGA LELAKI DIPENJARA TIGA HARI, DENDA RM1,000

BATU GAJAH: Akibat bermain golf semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tiga lelaki masing-masing dipenjara tiga hari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf menjatuhkan hukuman itu ke atas pengurus sebuah kelab golf, Low Teck San, 68, Tan Chee Kean, 59, yang tidak bekerja dan seorang guru tuisyen, Eugene Wong Yat Hoe, 37, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa. Mahkamah memerintahkan semua tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu semalam dan...

PKP: EMPAT WARGA ASING DIDENDA RM1,000 KELUAR GUNTING RAMBUT

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu memotong rambut di sebuah kedai gunting rambut, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua, empat lelaki warga India dan Myanmar masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang hari ini. Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas Nur Salam Nur Alam, 22, Roka Dhaniram , 23, Shankaralingam Prabaharan, 36, dan Thanga Raja, 33, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadap mereka. Mahkamah memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan,...

9 Lagi Ditahan Langgar PKP

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Sembilan lagi individu ditahan dalam operasi pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang dijalankan sekitar ibu negeri, semalam. Operasi berkenaan diketuai Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob selaku Pegawai Medan Operasi bersama tujuh pegawai dan 38 anggota. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi tertumpu di Bandaraya Kota Kinabalu dan beberapa lokasi sekitar termasuk Salut Commercial Centre Sepanggar, Pekan Telipok, Penempatan Telipok, Pekan Menggatal dan Pekan Inanam. Katanya, hasil operasi ini, sembilan orang awam...

SCCC Sumbangkan Bantuan Makanan Kepada Parlimen Sepanggar.

  Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Kota Kinabalu: Dewan Perniagaan Cina Sabah (SCCC) menyumbangkan 100 beg bantuan makanan dan 2,000 topeng muka kepada Parlimen Sepanggar untuk diedarkan. Bantuan yang berbentuk bahan makanan asas itu termasuk beras, minyak masak, tepung dan gula serta 1,050 kilogram ikan basung. Semua sumbangan berkenaan diberikan bagi membantu meringankan bebanan masyarakat yang kurang bernasib baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Azis Jamman berkata, beliau amat berterima kasih kepada SCCC kerana bermurah hati menyampaikan sumbangan berkenaan. Katanya, beliau berharap akan...

Warga Emas Ditemui Tinggal Tulang.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com Beaufort: Seorang lelaki terkejut selepas melihat abang kandungnya yang tinggal sebatang kara ditemui tinggal rangka di rumahnya, Batu 3, Kampung Padas Valley, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, lelaki berusia 65 tahun terbabit dikatakan pergi ke rumah abangnya kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk menghantar makanan. Bagaimanapun, sebaik masuk ke rumah berkenaan ke rumah, dia terkejut apabila melihat mayat tinggal rangka yang dipercayai abang kandungnya. Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, mangsa yang...

最新上载