BM/ENG NEWS

LEBIH 1.9 JUTA PENDUDUK DUNIA KINI DIJANGKITI COVID-19

ANKARA: Kes jangkitan COVID-19 global sudah melepasi 1.9 juta pada Isnin dengan angka korban mencecah 118,459 orang manakala pesakit yang sembuh seramai 446,002, lapor agensi berita Anadolu memetik Johns Hopkins University. Dengan sejumlah 1,904,566 kes direkodkan di seluruh dunia, setengah juta jangkitan dicatatkan di AS - lebih 572,000 kes. AS juga mencatatkan jumlah korban teramai melebihi 23,000 orang selain menjadi pusat penularan wabak baharu, disusuli Itali dengan 20,465 kematian.  Sepanyol pula negara kedua melaporkan kes tertinggi, 169,496. Sementara China, dengan 3,345 kematian...

COVID-19: JANGAN HANYA NILAI SITUASI BERDASARKAN JUMLAH KES

KOTA KINABALU: Orang awam khususnya di Sabah, dinasihatkan untuk tidak menilai situasi COVID-19 berdasarkan jumlah kes sahaja, sebaliknya perlu melihat kepada risiko transmisi wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi. Mengambil perbandingan kes COVID-19 di Tawau dan Kota Kinabalu, beliau berkata situasi kedua-dua daerah itu yang masing-masing mencatat 79 dan 39 kes, adalah berbeza. Katanya, kira-kira 95 peratus kes di Tawau tertumpu kepada kluster tabligh, manakala di Kota Kinabalu hanya 62 peratus kluster tabligh dan 25 peratus adalah kes sporadik. “Pengurusan kes sporadik lebih mencabar untuk mengenal...

LEBIH 1,000 SEKOLAH DI VANUATU ROSAK DI BADAI SIKLON HAROLD

SUVA: Kira-kira 1,010 sekolah di Vanuatu rosak selepas Siklon Tropika Harold membadai negara itu pada awal minggu lepas, lapor agensi berita Xinhua. Menurut akhbar harian Daily Post pada Selasa, Kementerian Pendidikan dan Latihan (MOET) berkata pihaknya sedang menilai sejauh mana kerosakan terhadap sekolah-sekolah berkenaan. Majlis Menteri-Menteri (COM) meluluskan sekolah di wilayah Shefa dan Tafea boleh kembali beroperasi seperti biasa pada 14 April. Bergsman Lati, ketua pengarah MOET, berkata pihak pengurusan sekolah diberikan masa sehingga hujung minggu ini untuk menyediakan pelan pengurusan...

LELAKI SELUDUP ROKOK DITAHAN KETIKA OP COVID-19

BAGAN SERAI: Tindakan seorang lelaki cuba menyeludup 71 kartun rokok pelbagai jenama bernilai RM4,500 membawa padah apabila ditahan dalam sekatan jalan raya Op COVID-19 di susur keluar plaza Tol Alor Pongsu, semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata lelaki berumur lingkungan 30an itu ditahan sebaik kereta dipandu suspek melepasi susur keluar plaza tol berkenaan kira-kira 4.30 petang. Beliau berkata semasa diperiksa oleh anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menemukan 71 kartun rokok dalam but belakang kereta jenis Nissan Sentra.  “Kita masih menyiasat di mana...

Kanak-Kanak Tersangkut Di Lubang Tandas.

Fardy Bungga asiatimeskk.com KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kirinya tersangkut di lubang tandas, di rumahnya di Tanjung Aru, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa dikatakan mahu membuang air kecil sebelum tergelincir dan terus terperangkap di lubang tandas berkenaan. Sebaik menyedari kejadian itu, keluarga mangsa segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Zon Kota Kinabalu, Zico Mojib berkata,...

KEDAI GUNTING RAMBUT, SALUN, BAZAR RAMADAN TIDAK DIBENAR BEROPERASI SEPANJANG PKP

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain itu, Perdana Menteri turut memutuskan semua bentuk bazar Ramadan juga tidak dibenarkan beroperasi di seluruh negara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Keputusan itu dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya selepas selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP di sini, hari ini.  “Kerajaan telah mendengar pandangan...

DUA TERMASUK REMAJA 16 TAHUN DITAHAN MILIKI PISTOL TIRUAN, TERLIBAT KES UGUT DAN PUKUL

JOHOR BAHRU: Dua individu termasuk remaja berumur 16 tahun ditahan kerana memiliki sepucuk pistol tiruan serta terlibat dalam kes pukul dan ugut di Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata selain remaja lelaki berkenaan, turut ditahan lelaki berusia 23 tahun pada pukul 11.45 malam tadi hasil maklumat orang awam. Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai terbabit melakukan ugutan dan memukul seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Anggerik dekat Bandar Tenggara beberapa jam sebelum ditahan polis. “Daripada siasatan awal pihak polis,...

LIMA DITAHAN BERSAMA DADAH BERNILAI RM55,497.20 DAN WANG TUNAI LEBIH RM800,000

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM55,497.20 dan menyita wang tunai sebanyak RM878,236 dalam dua serbuan berasingan di Seberang Jaya dan Bukit Tambun, dekat sini pada Jumaat serta Sabtu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis melancarkan operasi bermula pukul 6.30 petang Jumaat hingga 12.00 tengah hari Sabtu dan menahan dua lelaki di kawasan Seberang Jaya sebelum menyerbu sebuah rumah banglo dua tingkat...

TUJUH LELAKI DITAHAN MAIN JUDI SEMASA PKP

ALOR SETAR: Tujuh individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan leka bermain judi ditahan di sebuah pondok di Kampung Batu Tiga, Kuala Ketil, Baling, semalam. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua lelaki berusia 27 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan polis yang membuat pemantauan pematuhan PKP di kampung berkenaan kira-kira 9 malam.  "Kesemua suspek ditahan kerana melanggar PKP tanpa alasan kukuh. Kita juga merampas beberapa barangan yang digunakan untuk aktiviti perjudian termasuk wang tunai berjumlah RM105. Mereka ditahan reman empat hari sehingga 16...

Tiga Individu Ditahan Langgar PKP

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com SIPITANG: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan dua tangkapan berasingan di daerah ini, semalam. Bagaimanapun, ketika soal siasat dijalankan, semua suspek terbabit mengaku baru melepaskan gian menghisap dadah jenis syabu. Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kes pertama dilaporkan berlaku pada jam 2.50 petang membabitkan Perodua Alza yang bergerak yang dari arah Kampung Mendalong menuju ke pekan Sipitang. Katanya, sebaik petugas keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19 cuba...

最新上载