BM/ENG NEWS

Penumpang Bas Tung Ma Keningau – KK Diminta Tampil.

KENINGAU: Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Keningau meminta penumpang yang menaiki bas Syarikat Tung Ma dari Keningau ke Kota Kinabalu pada 7 pagi, 14 Mac lalu tampil melaporkan diri kepada pejabat itu dengan kadar segera. Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebook PKK Keningau kira-kira jam 11 pagi tadi, semua penumpang bas berkenaan diminta menghubungi talian 087-336494 atau 014 5689777 secepat mungkin.

COVID-19: MELAKA TENGAH KINI ZON MERAH, JUMLAH ZON MERAH 26

KUALA LUMPUR: Daerah Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari, semalam. Perkara itu dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif COVID-19. Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209...

BANGKAI GAJAH BORNEO DITEMUI

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com LAHAD DATU: Bangkai gajah Borneo dianggarkan berusia lingkungan lima hingga 10 tahun ditemui mati, berhampiran Hutan Simpan Malua, dekat sini, baru-baru ini. Gajah malang itu dipercayai mati akibat keracunan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai haiwan berkenaan. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, proses bedah siasat ke atas bangkai gajah itu dilakukan tiga hari lalu. Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan gajah berkenaan mati akibat keracunan. "Pemeriksaan awal, mendapati gajah itu tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan di luar...

COVID-19 : 198 KES BAHARU DI SINGAPURA, JUMLAH KESELURUHAN LEBIH 2,000

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, melaporkan sebanyak 198 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 2,108 kes. Dalam kenyataan di sini, MOH berkata daripada 198 kes baharu itu, tiada kes import dilaporkan, sebanyak 98 kes berkaitan dengan kluster yang diketahui, 29 kes berkaitan dengan kes lain manakala 71 lagi masih menunggu pengesanan kontak. Kementerian itu berkata antara kes yang mempunyai kaitan, sebanyak 79 kes berkaitan kluster asrama pekerja asing dan 48 kes berkaitan kluster bukan asrama dan kes lain. Republik...

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PORTAL BERITA BUAT LAPORAN MENGELIRUKAN – ISMAIL SABRI

PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap portal berita atau media dalam talian yang melaporkan berita mengelirukan dan tidak tepat mengenai kenyataan kerajaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sejak kebelakangan ini, terdapat banyak berita dilaporkan secara tidak tepat dan sahih terutama yang melibatkan kenyataan rasmi kerajaan.  Menurutnya kerajaan memandangkan serius perkara itu kerana berita yang tidak tepat mampu mengelirukan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.  “Kita akan ambil tindakan tegas terhadap portal berita yang melaporkan berita mengelirukan dan...

MCO: MINISTRY TO ASSIT SABAH GOVT MONITOR OIL PALM PLANTATIONS, MILLS

PUTRAJAYA: The Plantation Industries and Commodities Ministry (KPPK) is ready to assist the Sabah government ensure oil palm plantations and mills comply with Movement Control Order (MCO) directives following the state government’s decision to allow them to operate throughout the MCO.  Its minister Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali said the ministry, through the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) and the Malaysian Estate Owners Association (MEOA) will ensure oil palm plantations and mills comply with all COVID-19 pandemic operation guidelines issued by the Sabah...

JELAPANG PADI SABAH DI KOTA BELUD TERUSKAN AKTIVITI PERTANIAN SEMASA PKP

KOTA BELUD: Jelapang padi Sabah di sini terus beroperasi tanpa sebarang halangan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak 18 Mac lepas, kata Pengarah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kota Belud Salmah Labulla. Beliau berkata kawasan tanaman padi seluas 8,500 hektar di bawah pemantauan IADA Kota Belud beroperasi seperti biasa apabila pesawah turut kelihatan menjalankan aktiviti menanam padi dan membajak sawah, selain menuai hasil tanaman. Salmah berkata operasi jelapang padi Sabah diteruskan selepas Kementerian Pertanian dan Industri Makanan...

KOTA BELUD PADI-PLANTING ACTIVITIES NOT DISRUPTED

KOTA BELUD: Padi-planting activities in Kota Belud, Sabah’s rice bowl area, are being conducted without any disruptions since the Movement Control Order (MCO) was imposed on March 18,  director of the Kota Belud Integrated Agricultural Development Area (IADA), Salmah Labulla said. She said operations in the 8,500-hectare padi area under Kota Belud IADA were as usual after the Ministry of Agriculture and Food Industry through the Padi and Rice Industry Division issued a circular stating that agriculture activities could be conducted during...

BAYI PEREMPUAN BERBALUT TUALA DITEMUI DI KEBUN KELAPA SAWIT DI SRI GADING

BATU PAHAT, 11 April (Bernama) -- Seorang bayi perempuan yang berbalut dengan tuala, ditemui masih hidup di sebuah kebun kelapa sawit di Sri Gading dekat sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 4.30 petang berkaitan penemuan bayi itu. Hasil siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat yang belum dipotong. “Pihak polis kemudian membawa bayi berkenaan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dekat sini, untuk mendapatkan rawatan lanjut. “Bayi...

COVID-19: RAMAI LANGGAR PERATURAN KUARANTIN, KOREA SELATAN UMUM GUNA GELANG ELEKTRIK

SEOUL: Korea Selatan pada Sabtu mengumumkan akan menggunakan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri, dalam usaha untuk menghentikan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Yonhap. Perdana Menteri Chung Sye-kyun berkata langkah itu diambil berikutan kes melanggar arahan kuarantin semakin meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini yang mencetuskan kebimbangan. "Selepas mempertimbangkan dengan mendalam, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan penggunaan gelang elektrik kepada mereka yang melanggar peraturan kuarantin sendiri, seperti ke luar tanpa kebenaran dan tidak menjawab panggilan telefon," kata Chung. Dalam...

最新上载