BM/ENG NEWS

Tiga Ditahan Minum Arak Di Belakang Restoran.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com BEAUFORT: Tiga sekawan yang didapati minum arak di belakang sebuah restoran di Beaufort Jaya, di sini, ditahan polis selepas didapati ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, ketiga-tiga lelaki berusia 23 hingga 26 tahun itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort dalam Op Covid-19. Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, siasatan mendapati ketiga-tiga suspek berkumpul dan meminum minuman keras di belakang sebuah restoran. Katanya,...

Ingkar PKP, Sembilan Individu Dihadap Ke Mahkamah

Fardy Bungga asiatimearp@hotmail.com Tenom: Sembilan lelaki berusia 23 hingga 59 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Keningau selepas didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, sepanjang tempoh PKP Fasa tiga, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom sudah membuka tujuh kertas siasatan membabitkan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.3) 2020. Katanya, kesalahan berkenaan juga boleh dihukum mengikut Peraturan 11, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000...

LELAKI DITAHAN MAKI ANGGOTA TENTERA

KANGAR: Seorang lelaki ditahan kerana mengeluarkan  kata-kata kesat dan memaki anggota tentera ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Perlis semalam. Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata dalam kejadian kira-kira 11.45 pagi itu, suspek warga tempatan berumur 35 tahun yang bekerja sendiri itu bertindak melempar kata-kata jelik kepada anggota tentera yang sedang bertugas. “Kejadian itu berlaku apabila polis meminta kad pengenalan suspek namun suspek telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada seorang anggota tentera berada berhampiran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Wari berkata...

PENGURUSAN PENYELENGGARAAN JALAN BERTURAP SABAH KURANG CEKAP, TIDAK CAPAI OBJEKTIF – AUDIT

KOTA KINABALU: Pengurusan penyelenggaraan jalan berturap di Sabah oleh konsesi atau kontraktor penyelenggaraan adalah kurang cekap dan tidak mencapai objektif penyelenggaraan jalan yang ditetapkan sepenuhnya, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara. Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2, dikeluarkan semalam, berdasarkan Road Condition Index pada 2018,55.3 peratus jalan berturap negeri berada di bawah skala 3 (sederhana) dan skala 4 (teruk) yang memerlukan penyelenggaraan berkala, manakala 4.5 peratus berada di bawah skala 5 (jalan tidak boleh disenggara) yang memerlukan kerja...

PRESTASI PELABURAN MUIS MEMUASKAN TAPI TIDAK DIURUS DENGAN CEKAP – AUDIT

KOTA KINABALU: Prestasi pelaburan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) secara keseluruhannya memuaskan berikutan pulangan yang menyumbang kepada kemantapan kewangan agensi itu, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 2. Menurut laporan itu yang dikeluarkan semalam, penyata kewangan MUIS bagi tahun 2016 hingga 2018 menunjukkan jumlah pulangan daripada pelaburan menyumbang antara RM7.47 juta hingga RM18.01 juta, iaitu 9.7 peratus hingga 17.7 peratus daripada keseluruhan pendapatan MUIS bagi tempoh tiga tahun itu. Bagaimanapun, pengauditan dijalankan antara Oktober 2018 hingga Januari 2019 mendapati pelaburan...

MARITIM MALAYSIA – PDRM TERUSKAN PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN PEMATUHAN PKP.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Semporna dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melaksanakan pengawasan dan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerjasama pemantauan sekitar perairan Semporna itu sudah dijalankan sejak 25 Mac lalu selepas diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Norrimi Hassan berkata, penguatkuasaan kepada pematuhan PKP melalui Operasi Inter-Agensi yang memasuki fasa ketiga ini akan lebih diperketatkan dan dipertingkatkan. Katanya, operasi ini membabitkan dua bot peronda Maritim Malaysia dan dua bot peronda...

TIMBANG RASA KEPADA PENYEWA RUMAH YANG TERJEJAS KETIKA PANDEMIK COVID-19.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda UPKO menggesa pemilik rumah yang menyewakan kediaman mereka kepada orang lain supaya mengurangkan atau menangguhkan bayaran bulanan sepanjang tempoh pandemik Covid-19 ketika ini. Setiausaha Penganjur Pemuda UPKO Nasional, Jamil Majingkin berkata, pihaknya menerima banyak aduan orang ramai dalam kalangan penyewa yang menerima tekanan daripada pemilik rumah. Katanya, mereka mendakwa terpaksa melunaskan sewa bulanan walaupun rata-rata pendapatan mereka terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Harus diingat, kerajaan sudah mengarahkan pelaksanaan moratorium pembayaran balik pembiayaan pinjaman perumahan dari...

DUA LELAKI DITAHAN KETIKA BERURUSAN JUAL BELI SYABU.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Ranau: Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati sedang leka berurusan jual beli dadah di Kampung Lohan Ulu, di sini, hari ini. Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, kedua-dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah kedai di kampung berkenaan sebelum ditahan untuk pemeriksaan. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, pemeriksaan polis terhadap kedua-dua suspek berjaya menemui dadah. Katanya, kedua-dua lelaki berusia 30 dan 40-an itu kemudiannya ditahan pasukan polis untuk siasatan lanjut. “Pemeriksaan terhadap suspek pertama menemui satu...

Minum Arak Beramai-Ramai Ketika PKP, Sembilan Lelaki Ditahan

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com TUARAN: Sekumpulan sembilan lelaki yang sedang menikmati minuman keras di Kampung Bombong, di sini, ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam. Dalam serbuan jam 7.10 malam itu, semua suspek berusia 40 hingga 60 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, sepasukan polis diarahkan menjalankan Ops Pintas Khas Covid-19 di lokasi berkenaan. Katanya, setiba di lokasi, pasukan...

DITAHAN INGKAR PKP DAN MILIKI SYABU

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com KOTA KINABALU: Bukan hanya ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang peniaga turut didapati memiliki syabu dalam pemeriksaan yang dijalankan terhadapnya, di Jalan Kuala Neutron, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, lelaki berusia 44 tahu itu ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, anggota MPV yang sedang menjalankan rondaan menahan suspek yang menunggang motosikal untuk pemeriksaan. "Ketika diperiksa, suspek menyerahkan...

最新上载