Sebuah Premis Dikompaun RM1,000 Oleh KPDNHEP
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Sebuah premis kedai runcit di Tanjung Aru, di sini, di kompaun selepas didapati gagal meletak tanda harga pada barang kawalan yang dijual.
Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Taha Julai berkata, kompaun itu dikeluarkan selepas pegawai penguatkuasa yang melakukan pemeriksaan mendapati tiada tanda harga diletakkan pada gas LPG yang dijual.
Katanya, peniaga terbabit dikesan melakukan kesalahan gagal mempamerkan tanda harga dan dikompaun RM1,000 serta-merta.
“Kegagalan meletakkan tanda harga boleh mengundang kepada kejadian pengguna dieksploitasi...
250 Kotak Bekalan Makanan Disumbangkan Kepada Nelayan Di Empat Kawasan.
Fardy Bungga
Pix By: CV Chong
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Seramai 250 komuniti nelayan di empat kawasan menerima bantuan makanan daripada Repsol Malaysia dan Yayasan Nur Jauhar, hari ini, bagi meringankan bebanan mereka ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.
Antara keperluan makanan yang disumbangkan adalah beras, minyak masak, tepung, susu, sardin dan biskut yang dianggarkan bernilai RM80.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Myrna Jimenez yang hadir pada upacara penyerahan itu berkata, antara komuniti nelayan yang menerima sumbangan itu adalah dari kawasan Sepanggar,...
250 PPE dan 500 Topeng Muka Disumbangkan kepada Tiga Hospital Kerajaan.
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Kota Kinabalu: Penularan Pandemik COVID-19 menunjukkan peningkatan kes setiap hari dan perkembangan ini amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.
Apa yang pasti, keperluan asas di hospital juga mungkin semakin berkurangan dalam usaha menampung bilangan kes yang semakin meningkat.
Berbekalkan kesedaran itu, Syarikat Wizi Superior Glove (Malaysia) Sdn Bhd menyampaikan sumbangan sebanyak 250 Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dan 500 Topeng Muka kepada Hospital Tuaran, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) serta Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).
Semua peralatan berkenaan disampaikan Timbalan Ketua Menteri...
SABAH AMBIL PENDEKATAN KOMPREHENSIF ATASI MASALAH LAMBAKAN SAYUR DI KUNDASANG
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah akan mengambil beberapa pendekatan komprehensif dan holistik dalam mengurus tadbir sistem bekalan serta pengagihan sayur-sayuran tanah tinggi di Kundasang bagi mengelakkan berlakunya masalah lambakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Sabah telah diminta mengambil perhatian perkara itu termasuk melihat keperluan para petani terjejas pendapatan atau mengalami kerugian berikutan sayur yang telah dituai tidak terjual dalam tempoh ini.
“Kementerian terbabit diminta mentadbir dengan...
A TOTAL OF 343,412 IN SABAH RECEIVED COVID-19 AID, AS OF FRIDAY
KOTA KINABALU: A total of 343,412 people in Sabah received COVID-19 aid as of last Friday, said Chief Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
He said the aid amounted to RM65,241,900 and the recipients comprised those from the B40 group, hawkers and petty traders, COVID-19 patients, frontliners and vulnerable persons.
“The aid is on-going and will hopefully lighten their burden,” Mohd Shafie said at the Sabah state assembly sitting here today.
He was replying to a question from Datuk Dr. Joachim Gunsalam (PBS-Kundasang) on the...
FGV SOKONG USAHA KERAJAAN SABAH KEKANG COVID-19 DI WILAYAH SAHABAT
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd (FGV) memberikan komitmen penuh menyokong usaha kerajaan Sabah dalam mengekang penularan COVID-19 di Wilayah Sahabat, Lahad Datu susulan kes positif wabak itu di kawasan tersebut.
Ia berkata sokongan itu diberikan menerusi pematuhan prosedur operasi standard yang radikal dan tegas di semua ladang dan kilang untuk memastikan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan semua petugas berada pada tahap minimum.
“FGV ingin mengesahkan bahawa tiada petugas di Wilayah Sahabat, Lahad Datu positif COVID-19.
“FGV menegaskan semula bahawa keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan para...
SABAH TETAPKAN DUA KADAR ZAKAT FITRAH TAHUN INI SEBANYAK RM6 DAN RM7.50
KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), hari ini menetapkan kadar zakat fitrah untuk negeri Sabah berdasarkan dua kadar zakat iaitu RM6.00 bagi golongan yang terkesan dan RM7.50 untuk golongan yang kurang terkesan, dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Yang Di-Pertua MUIS Datuk Seri Hasbullah Mohd Taha berkata, ia bagi meringankan beban umat Islam untuk menunaikan zakat pada tahun ini.
"Jumlah bayaran yang perlu dibuat bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga.
"Umat Islam di Sabah boleh memilih untuk membayar antara dua kadar...
KIRA-KIRA 343,400 TELAH TERIMA BANTUAN COVID-19 DI SABAH SEHINGGA JUMAAT LEPAS.
KOTA KINABALU: Kira-kira 343,400 orang telah menerima bantuan COVID-19 di seluruh negeri ini sehingga Jumaat lepas melibatkan peruntukan RM65,241,900, kata Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Antara penerima bantuan itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40, golongan penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, petugas di barisan hadapan, serta masyarakat mudah terjejas.
“Pelaksanaan bantuan berkenaan masih berterusan dan diharap dapat meringankan kesulitan dalam menampung keperluan harian rakyat ketika ini.” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab...
PKP: KERTAS SIASATAN LIBATKAN TIMBALAN MENTERI KESIHATAN DIJANGKA SIAP HARI INI
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kehadiran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Perak yang dikatakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka siap hari ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kertas siasatan itu akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Siasatan sedang aktif dijalankan dan (kertas siasatan) dijangka siap hari ini. Semua kes yang tular seperti ini pasti akan disiasat dan diambil tindakan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terdahulu, beberapa gambar dimuat naik...
Lima Ingkar PKP Ditahan
Fardy Bungga
asiatimesrp@hotmail.com
Papar: Lima individu ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, selepas didapati ingkar terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.
Semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu ditahan di beberapa Sekatan Jalan Raya (SJR) sekitar kawasan Papar, Kinarut dan Bongawan.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Ak Umpit berkata, semua lima individu yang ditahan akan direman untuk siasatan lanjut.
“Kesalahan yang dilakukan adalah mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11(1) Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam...

















