Wanita Ditemui Mati Tersepit Di Bawah Kereta.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
KENINGAU: Seorang wanita berusia 40-an ditemui mati tersepit di bawah sebuah kereta di hadapan rumahnya, di Kampung Biah, Batu 4, di sini, semalam.
Mayat wanita terbabit ditemui suaminya pada jam 7.10 malam, sebelum menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan segera.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui di bawah kereta jenis Hyundai di hadapan rumah mangsa sendiri.
Katanya, pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia selepas...
14,414 PERMOHONAN BANTUAN PENDUDUK SABAH DI SEMENANJUNG DIPROSES
KOTA KINABALU : Pejabat Perhubungan Negeri Sabah di Kuala Lumpur telah memproses sebanyak 14,414 permohonan bantuan COVID-19 bagi warga Sabah golongan B40 yang bekerja di Semenanjung.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata kesemua permohonan berkenaan adalah yang direkodkan sehingga semalam dan jika layak akan menerima bantuan RM300 secara sekali bayar.
“Daripada jumlah itu sebanyak 11,347 permohonan telah dibayar dan dikreditkan melalui akaun masing-masing dan 35 permohonan telah dibayar secara tunai.
“Selain itu, sejumlah 1,606 pemohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat B40...
COVID-19: SARINGAN BERSASAR DI SABAH, ORANG RAMAI DIGESA BERI KERJASAMA
KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan aktiviti saringan bersasar di lokaliti tertentu di negeri ini bagi mengesan kes-kes COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
Pengarahnya Datuk Dr Christina Rundi berkata sehubungan itu, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama semasa aktiviti itu dilaksanakan dan tidak cuba untuk mengelak daripada disaring kerana tidak mahu dikuarantin.
“Sekali lagi, orang awam dinasihatkan untuk tidak bersikap negatif terhadap mereka yang dikenakan kuarantin kerana ini boleh menyukarkan pelaksanaan aktiviti saringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau...
COVID-19: SABAH HEALTH DEPT CONDUCTS SCREENING IN TARGETED LOCATIONS
KOTA KINABALU: The Sabah Health Department (JKNS) is currently conducting health screening exercise in targeted areas in the state to detect COVID-19 cases in communities.
Thus, members of the public are advised to cooperate and not to try to avoid it just because they do not want to be quarantined, said its director Datuk Dr Christina Rundi.
“Members of the public also should not show negative attitudes towards those who are quarantined as this could complicate the screening process,” she said in...
DUNIA TERUS SAKSIKAN PENINGKATAN KES KORBAN COVID-19 MELEBIHI 160,000 ORANG
ANKARA: Jumlah korban COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat pada Ahad, menyaksikan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Anadolu.
Sementara jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.
AS terus menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu, dengan kes jangkitan sebanyak 734,550 dan korban melebihi 38,830 kematian.
Diikuti Itali mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 194,410.
Virus maut itu telah merebak ke 185...
DBKK Komited Melaksanakan Tugas Memerangi Wabak COVID-19.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sentiasa komited menjalankan tugas memastikan bandaraya ini bersih dan teratur sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, semua petugas dan agensi bahagian DBKK beroperasi seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.
“Para petugas pembersihan ini mungkin bukanlah barisan hadapan yang memerangi wabak COVID-19, tetapi mereka adalah ‘Unsung Hero’ yang mengurus sampah dan kebersihan bandaraya setiap hari.
“Walaupun sentiasa terdedah dengan risiko jangkitan virus, para petugas tetap komited menjalankan...
Seorang Mabuk Manakala Sepasang Kekasih Positif Dadah Ditahan Dalam Sekatan Jalan Raya Op Covid-19, IPD Penampang.
Fardy Bungga
Pix and Video By: CV Chong
asiatimeskk@gmail.com
Penampang: Seorang lelaki yang disyaki mabuk ditahan selepas merempuh lampu dan kon Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19, di Jalan Penampang, berhampiran Blue 7, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, pemandu berusia 64 tahun itu mendakwa tidak menyedari peralatan sekatan jalan yang disusun di lokasi berkenaan.
Namun, lelaki terbabit mengaku minum minuman keras seorang diri di dalam kenderaannya selepas membeli barangan keperluan dapur di salah sebuah pasaraya berhampiran.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi...
IPD Lahad Datu Pertingkatkan Penguatkuasaan PKP Selepas Diisytiharkan Zon Merah.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Lahad Datu: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu akan mempertingkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutamanya di kawasan Felda bermula esok.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, setakat ini pihaknya sudah membuka enam kertas siasatan atas kesalahan melanggar PKP dan menahan 11 individu.
Katanya, semua yang ditahan adalah lelaki berusia 15 hingga 44 membabitkan lima rakyat tempatan dan enam warga asing.
“Semua yang ditahan masih direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut.
“Kesalahan yang...
Akhirnya Akur Dimasukkan Ke Pusat Kuarantin Selepas Menghilangkan Diri Lebih 24 Jam.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
LAHAD DATU: Lelaki warga Filipina yang melarikan diri selepas diarahkan menjalani proses kuarantin, semalam, menyerah diri, di Pusat Kuarantin Felda Residence Sahabat 16, di sini hari ini.
Difahamkan, suspek dihantar oleh ahli keluarganya ke pusat kuarantin berkenaan pada pukul 1.30 petang selepas menghilangkan diri lebih 24 jam.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor mengesahkan perkara berkenaan menerusi kenyataan medianya, hari ini.
“Mengenai kejadian seorang lelaki menghilangkan diri untuk elak dikuarantin sebelum ini. Suspek sudah berjaya dikesan kira-kira jam...
PPM Pantau Pemantauan PKP Di Perairan Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Lahad Datu: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah melaksanakan pemantauan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga, di perairan Lahad Datu, Kunak dan Semporna, hari ini.
Operasi pemantauan yang dijalankan menggunakan dua bot ronda PPM berkenaan mula beroperasi pada jam 8.45 pagi hingga jam 11 pagi.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi berkenaan adalah bagi memantau penguatkuasaan PKP Fasa Tiga di perairan berkenaan.
Katanya, beliau juga turut memberikan sesi taklimat kepada petugas Barisan Hadapan...

















