BM/ENG NEWS

DUA TERMASUK REMAJA 16 TAHUN DITAHAN MILIKI PISTOL TIRUAN, TERLIBAT KES UGUT DAN PUKUL

JOHOR BAHRU: Dua individu termasuk remaja berumur 16 tahun ditahan kerana memiliki sepucuk pistol tiruan serta terlibat dalam kes pukul dan ugut di Bandar Tenggara, dekat Kota Tinggi, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata selain remaja lelaki berkenaan, turut ditahan lelaki berusia 23 tahun pada pukul 11.45 malam tadi hasil maklumat orang awam. Menurut beliau, kedua-dua suspek dipercayai terbabit melakukan ugutan dan memukul seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Anggerik dekat Bandar Tenggara beberapa jam sebelum ditahan polis. “Daripada siasatan awal pihak polis,...

LIMA DITAHAN BERSAMA DADAH BERNILAI RM55,497.20 DAN WANG TUNAI LEBIH RM800,000

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu termasuk sepasang kekasih dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM55,497.20 dan menyita wang tunai sebanyak RM878,236 dalam dua serbuan berasingan di Seberang Jaya dan Bukit Tambun, dekat sini pada Jumaat serta Sabtu lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis melancarkan operasi bermula pukul 6.30 petang Jumaat hingga 12.00 tengah hari Sabtu dan menahan dua lelaki di kawasan Seberang Jaya sebelum menyerbu sebuah rumah banglo dua tingkat...

TUJUH LELAKI DITAHAN MAIN JUDI SEMASA PKP

ALOR SETAR: Tujuh individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan leka bermain judi ditahan di sebuah pondok di Kampung Batu Tiga, Kuala Ketil, Baling, semalam. Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua lelaki berusia 27 hingga 60 tahun itu ditahan sepasukan polis yang membuat pemantauan pematuhan PKP di kampung berkenaan kira-kira 9 malam.  "Kesemua suspek ditahan kerana melanggar PKP tanpa alasan kukuh. Kita juga merampas beberapa barangan yang digunakan untuk aktiviti perjudian termasuk wang tunai berjumlah RM105. Mereka ditahan reman empat hari sehingga 16...

Tiga Individu Ditahan Langgar PKP

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com SIPITANG: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan dua tangkapan berasingan di daerah ini, semalam. Bagaimanapun, ketika soal siasat dijalankan, semua suspek terbabit mengaku baru melepaskan gian menghisap dadah jenis syabu. Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kes pertama dilaporkan berlaku pada jam 2.50 petang membabitkan Perodua Alza yang bergerak yang dari arah Kampung Mendalong menuju ke pekan Sipitang. Katanya, sebaik petugas keselamatan yang menjalankan sekatan jalan raya Op Covid-19 cuba...

PUBLIC COMPLIANCE WITH MCO CRUCIAL TO BREAK COVID-19 INFECTION CHAIN – SABAH MINISTER

KOTA KINABALU: Full commitment and cooperation from the people to comply with the Movement Control Order (MCO), which is entering its third phase on Wednesday, is crucial to break the COVID-19 infection chain and end the pandemic. Sabah Health and People’s Wellbeing Minister Datuk Frankie Poon Ming Fung said all Sabahans must always be alert to the government’s directives and advice, as well as taking precautionary measures for their own safety and health. “They must give their full cooperation by...

JANGAN JUAL ATAU BELI PENUTUP HIDUNG DAN MULUT BERLOGO PDRM/ATM – POLIS

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agak tidak terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan.   Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ini kerana pihaknya telah mengesan gerakan individu tertentu yang menawarkan penjualan barangan tersebut yang mempunyai logo PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Beliau berkata hanya anggota PDRM dan ATM sahaja dibenarkan menggunakan penutup hidung dan mulut yang mempunyai logo tersebut.  "Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM...

KEPATUHAN RAKYAT PENTING UNTUK BENDUNG COVID-19

KOTA KINABALU: Kerjasama dan komitmen rakyat Sabah dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang memasuki fasa ketiga Rabu ini adalah penting, sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 sekali gus menghapuskan sepenuhnya penularan wabak itu. Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung berkata, rakyat di negeri ini juga perlu terus peka terhadap arahan dan nasihat diberikan kerajaan, selain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan dan keselamatan mereka. "Rakyat perlu memberi kerjasama dengan mematuhi pelaksanaan PKP. Jangan keluar rumah tanpa...

COVID-19: TURKI TARIK BALIK PERINTAH BERKURUNG

ANKARA: Turki pada tengah malam Ahad menarik balik perintah berkurung selama 48 jam yang dikuat kuasa di 31 wilayah, sebagai langkah menghentikan penularan COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Orang ramai tidak mematuhi perintah berkurung yang bermula pada tengah malam Jumaat itu, kata Kementerian Dalam Negeri. Dalam satu kenyataan, kementerian berkata seramai 18,770 orang melanggar perintah sekatan akan dikenakan denda, namun butiran lanjut mengenainya tidak didedahkan. Kerajaan terus menyekat pergerakan mereka berumur di bawah 20 tahun dan melebihi 65 tahun. Sekolah, pusat beli-belah,...

MAF DENIES PRODUCING T-SHIRTS AND FACE MASKS BEARING MAF-PDRM EMBLEMS

KUALA LUMPUR: The Malaysian Armed Forces (MAF) today refuted the allegation that they have produced face masks and T-shirts bearing the emblems of both the MAF and the Royal Malaysia Police (PDRM). Chief of Defence Force, General Tan Sri Affendi Buang said that no one is allowed to produce, sell, buy or use any product bearing the specified name of 'Operasi Penawar' with the specified emblems of MAF and PDRM without permission. “MAF has not produced any products in the form of T-shirts and face masks to be sold...

Mayat Gantung Diri Pulau Gaya Didapati Positif Covid-19.

Fardy Bungga asiatimeskk@gmail.com KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki tanpa identiti dipercayai warga asing yang ditemui tergantung di sebatang pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini, 6 April lalu didapati positif Covid-19. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, semua anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan. Katanya, keputusan saringan akan diperolehi dalam tempoh terdekat dan semua yang terbabit sudah diarahkan untuk kuarantin diri di rumah masing-masing. “Semua anggota yang terdedah sudah menjalani saringan kesihatan...

最新上载