Polis Buru Tujuh Lagi Tahanan PTS Manggatal.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Kota Kinabalu: Polis sedang giat menjejaki tujuh tahanan yang berjaya meloloskan diri di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, seramai 18 tahanan melarikan diri selepas bertindak merempuh pintu sel di pusat tahanan berkenaan dan mencederakan pegawal keselamatan yang bertugas.
Bagaimanapun, tiga daripadanya berjaya ditahan semula manakala 13 melarikan diri ke arah belakang pusat tahanan dengan memanjat pagar.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu,...
PPM TAHAN TIGA LELAKI BAWA MINYAK PETROL TANPA KELULUSAN
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan tiga lelaki Palauh bersama tiga perahu yang membawa muatan 1,160 liter minyak petrol tanpa kelulusan di kawasan Laut Tanjung Menimpa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 26 hingga 40 tahun itu yang dilihat dalam keadaan mencurigakan ditahan untuk pemeriksaan.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, hasil pemeriksaan, juragan perahu berkenaan gagal menunjukkan dokumen membawa bekalan minyak daripada Kementerian Perdagangan Dalam...
MEMBINA KEKUATAN PSIKOLOGI MENANGANI PKP DI RUMAH
Penulis: Dr Mohd Haniff Hassan. Pensyarah Kanan Psikologi dan Kaunseling, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.
Fenomena yang berlaku di seluruh dunia ketika ini akibat pandemik Covid-19, menuntut semua orang keluar daripada rutin harian ataupun cara hidup kebiasaan masing-masing.
Sudah pasti, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan menukar rutin kebiasaan bagi seseorang individu itu sekaligus menjadi sesuatu yang amat sukar untuk dilaksanakan.
Rutin biasa, di mana semua orang akan keluar rumah sama ada bekerja, belajar dan bersosial terpaksa diubah secara ‘total’.
Malah, kita juga terpaksa...
Lelaki Hilang Di Sungai Kampung Sumbiling, Bongawan, Ditemui Lemas.
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
Bongawan: Seorang lelaki berusia 54 tahun yang hilang ketika aktiviti mandi di Sungai Kampung Sumbiling, di sini, sejak Khamis lalu ditemui lemas, hari ini.
Mangsa Martin Limbas, ditemui kira-kira 1 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan hilang kira-kira jam 1 petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, operasi pencarian dimulakan Khamis lalu selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 petang daripada ahli keluarga mangsa.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan sehingga jam 6 sebelum ditangguhkan ekoran keadaan cuaca semakin...
Penumpang Bas Tung Ma Keningau – KK Diminta Tampil.
KENINGAU: Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Keningau meminta penumpang yang menaiki bas Syarikat Tung Ma dari Keningau ke Kota Kinabalu pada 7 pagi, 14 Mac lalu tampil melaporkan diri kepada pejabat itu dengan kadar segera.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebook PKK Keningau kira-kira jam 11 pagi tadi, semua penumpang bas berkenaan diminta menghubungi talian 087-336494 atau 014 5689777 secepat mungkin.
COVID-19: MELAKA TENGAH KINI ZON MERAH, JUMLAH ZON MERAH 26
KUALA LUMPUR: Daerah Melaka Tengah di Melaka dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan zon itu sebanyak 26 kawasan setakat 12 tengah hari, semalam.
Perkara itu dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi kementerian itu hari ini, daerah berkenaan merekodkan 44 kes positif COVID-19.
Sementara itu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur terus menjadi kawasan tertinggi positif COVID-19 dengan 427 kes, manakala Hulu Langat dan Petaling di Selangor masing-masing merekodkan 368 dan 328 kes, diikuti Kuching, Sarawak dengan 209...
BANGKAI GAJAH BORNEO DITEMUI
Fardy Bungga
asiatimeskk@gmail.com
LAHAD DATU: Bangkai gajah Borneo dianggarkan berusia lingkungan lima hingga 10 tahun ditemui mati, berhampiran Hutan Simpan Malua, dekat sini, baru-baru ini.
Gajah malang itu dipercayai mati akibat keracunan berdasarkan hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap bangkai haiwan berkenaan.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, proses bedah siasat ke atas bangkai gajah itu dilakukan tiga hari lalu.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan gajah berkenaan mati akibat keracunan.
"Pemeriksaan awal, mendapati gajah itu tidak mempunyai sebarang kesan kecederaan di luar...
COVID-19 : 198 KES BAHARU DI SINGAPURA, JUMLAH KESELURUHAN LEBIH 2,000
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini, melaporkan sebanyak 198 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan wabak itu sebanyak 2,108 kes.
Dalam kenyataan di sini, MOH berkata daripada 198 kes baharu itu, tiada kes import dilaporkan, sebanyak 98 kes berkaitan dengan kluster yang diketahui, 29 kes berkaitan dengan kes lain manakala 71 lagi masih menunggu pengesanan kontak.
Kementerian itu berkata antara kes yang mempunyai kaitan, sebanyak 79 kes berkaitan kluster asrama pekerja asing dan 48 kes berkaitan kluster bukan asrama dan kes lain.
Republik...
TINDAKAN TEGAS TERHADAP PORTAL BERITA BUAT LAPORAN MENGELIRUKAN – ISMAIL SABRI
PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap portal berita atau media dalam talian yang melaporkan berita mengelirukan dan tidak tepat mengenai kenyataan kerajaan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata sejak kebelakangan ini, terdapat banyak berita dilaporkan secara tidak tepat dan sahih terutama yang melibatkan kenyataan rasmi kerajaan.
Menurutnya kerajaan memandangkan serius perkara itu kerana berita yang tidak tepat mampu mengelirukan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.
“Kita akan ambil tindakan tegas terhadap portal berita yang melaporkan berita mengelirukan dan...
MCO: MINISTRY TO ASSIT SABAH GOVT MONITOR OIL PALM PLANTATIONS, MILLS
PUTRAJAYA: The Plantation Industries and Commodities Ministry (KPPK) is ready to assist the Sabah government ensure oil palm plantations and mills comply with Movement Control Order (MCO) directives following the state government’s decision to allow them to operate throughout the MCO.
Its minister Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali said the ministry, through the Malaysian Palm Oil Board (MPOB) and the Malaysian Estate Owners Association (MEOA) will ensure oil palm plantations and mills comply with all COVID-19 pandemic operation guidelines issued by the Sabah...


















