BM/ENG NEWS

GEMPA BERMAGNITUD 6.3 LANDA PAPUA NEW GUINEA

MOSCOW: Gempa berkekuatan 6.3 pada skala Richter menggegar Papua New Guinea pada Sabtu, lapor agensi berita Sputnik menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Gegaran direkodkan pada pukul 12.53 tengah hari waktu tempatan, 132 kilometer ke timur bandar Panguna di pulau Bougainville. Pusat gempa terletak pada kedalaman 16.3 kilometer. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.  -- BERNAMA

PKP: PERGERAKAN ANTARA NEGERI PADA 1 HINGGA 3 MEI

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang hendak melakukan pergerakan antara negeri untuk tujuan yang dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu membuat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ bermula esok (26 April). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata mereka yang layak boleh membuat permohonan secara dalam talian susulan kebenaran pergerakan itu selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mei ini.  "Bagi yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia pada 26 April (esok), mereka perlu mengemas kini permohonan pada 29...

Remaja Mabuk Dan Positif Dadah Rempuh Sekatan Jalan.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com LAHAD DATU: Bukan saja mabuk malah didapati positif dadah. Itu keadaan seorang remaja perempuan yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Muhibbah, di sini, tengah malam tadi. Dalam kejadian 12.40 tengah malam itu, remaja berusia 18 tahun terbabit turut merempuh seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sehingga terseret beberapa meter. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya dan dipercayai memandu dalam keadaan mabuk. Bagaimanapun katanya, sebaik sampai ke lokasi kejadian,...

MARITIM MALAYSIA SELAMATKAN DUA MANGSA BOT KARAM DI PULAU SEBATIK

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menyelamatkan dua mangsa bot jongkong karam di Sungai Pukol, Pulau Sebatik, di sini, semalam. Pengarah Maritim Malaysia Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, dalam kejadian jam 5.00 petang itu, sebuah kapal ronda Maritim Malaysia Tawau yang melakukan Operasi Cegah PATI mengesan sebuah bot mencurigakan terapung berhampiran Sungai Pukol, di pulau berkenaan. Katanya, dalam keadaan laut bergelora, pasukan Maritim Malaysia yang menghampiri bot berkenaan mendapati terdapat dua individu terperangkap di...

Tingkatkan Operasi Rondaan Sepanjang Ramadan

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat Sabah akan mempertingkatkan operasi rondaan bersama dengan agensi berkaitan dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan sepanjang Ramadan ini. Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, operasi bersama membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan. Katanya, langkah ini juga bagi menggagalkan usaha pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menjalankan kegiatan jenayah penyeludupan. "Berdasarkan daripada kerjasama sebelum ini, kita melihat ia memuaskan termasuk tiada bot kumpit dari luar dikesan cuba...

YADIM Bantu Ringan Beban Penduduk Pulau Sepanggar

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Seramai 40 keluarga di Pulau Sepanggar, di sini, gembira apabila menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) untuk persiapan sepanjang Ramadan tahun ini. Seorang penduduk pulau berkenaan, Maidi Moksin, 50, berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia dan sebahagian besar penduduk pulau berkenaan mengalami kesukaran untuk mendapat bekalan makanan serta keperluan asas. Katanya, ini berikutan pergerakan penduduk pulau ke tanah besar Kota Kinabalu dihadkan pihak berkuasa. "Rata-rata penduduk di sini adalah nelayan dan kami...

Ditahan Miliki Bakakuk Dan Dadah.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Sipitang: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati memiliki senapang buatan sendiri jenis bakakuk bersama lima butir peluru hidup dalam serbuan di rumah pekerja kebun Kelapa Sawit di Sungai Tepewah Bamban, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, suspek yang berusia 50-an itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang. Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, bertindak atas maklumat, beliau bersama sepasukan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah kosong dipercayai milik...

Cuba Lepasi Sekatan Dengan Baju Celoreng.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang dipercayai cuba memperdayakan pihak berkuasa dengan memakai baju celoreng untuk melepasi sekatan jalan raya (SJR) gagal apabila dia ditahan di Batu 7, Jalan Tuaran, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 1.51 petang itu, lelaki berusia  30-an terbabit dikatakan menunggang motosikal Honda EX5 menuju ke Kampung Inanam Laut, Inanam untuk berjumpa pakciknya. Bagaimanapun, sebaik sampai di pusat SJR, lelaki berkenaan terus ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, soal...

MARITIM MALAYSIA IRINGI KEPULANGAN 108 INDIVIDU TERKANDAS DI NUNUKAN, INDONESIA

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) daerah ini mengiringi 86 rakyat Malaysia dan 22 warga Indonesia yang terkandas di Nunukan, Indonesia bagi memasuki Malaysia melalui perairan Tawau, pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten V. Siva Kumar berkata, operasi khas ini membabitkan sebuah aset bot ronda Maritim Malaysia serta bot ronda dari Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau bagi mengiringi kepulangan semua Individu terbabit. Katanya, semua individu berkenaan menaiki sebuah feri khas atas kebenaran oleh Kerajaan Negeri Sabah dari Pulau...

Pekerja Syarikat Penghantaran Barang Maut Tersepit Lif.

Fardy Bungga asiatimesrp@hotmail.com Kota Kinabalu: Seorang pekerja syarikat penghantaran maut selepas tersepit pada lif ketika memunggah barang di stor sebuah pasar raya di Kingfisher, Likas, di sini, hari ini. Mangsa yang dikenali sebagai Joyden Joharis, 19, disahkan meninggal dunia oleh doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Kota Kinabalu, jam 10.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa adalah pekerja sebuah syarikat penghantaran barang bagi syarikat pembekalan barangan di daerah ini. "Ketika memunggah barang, mangsa naik ke...

最新上载